Sunday, November 11, 2012

Andartu

Aku baru pulang dari rumah wanita tua itu. Sekadar memenuhi undangan semalam yang tak kesampaian. Barangkali juga kerja Tuhan untuk menemukan aku dengan kerabat wanita tua itu, seorang andartu, lewat 50-an usianya. Si andartu seakan-akan suara Tuhan yang menjawab persoalan yang bermain di benakku sedari semalam. 

Aku sememangnya malas sekali menghadiri mana-mana majlis pernikahan. Tapi, kerana mengenangkan undangan ikhlas wanita itu di klinik tempoh hari, juga demi persahabatan tulus dari seorang tua.. aku mampir juga ke rumahnya hari ini. Ku kira, masih lagi tersisa saki baki kemeriahan semalam. 

Wanita andartu berpesan kepadaku kalau tidak ada cinta kudus di hati, usahlah dipaksakan pernikahan atas apa pun alasan manusiawi. Itulah yang aku rasakan selama ini. Perbualan dengan si andartu seolah-olah verifikasi dari alam tinggi. 

Seorang wanita, tanpa suami dan keturunan barangkali lebih mulia daripada seorang isteri nusyuz atau seorang ibu pendengus bilamana dia dapat terus lurus seperti Maryam dan Rabiatul Adawiyah.

Inilah perbualan di hari Ahad, hari Satu dengan andartu.




No comments:

Post a Comment