Monday, January 6, 2014

Masjid

Semalam di masjid, aku ternampak dia yang pernah mencuri perhatianku. Dia si hati emas. Hampir 2 tahun berlalu, dan aku menemukan dia di sana. Di sebuah tempat orang-orang bersujud; juga tempat yang menghimpunkan jiwa-jiwa pencinta ilmu.

Aku tahu dia ingin aku menyapanya. Tapi, lidahku kelu terkunci, langkahku mati terhenti. Masih segar memori itu, dia yang meninggalkanku berduka dengan tragedi hidupnya. Menjauhinya adalah yang terbaik untuk kami.

Dalam debar, selalu aku mendoakanmu.

"Berbahagialah wahai jiwa-jiwa yang tenang"

Monday, December 9, 2013

Mara

5 Disember 2013, Khamis

Inilah akhir cerita setelah 10 bulan lamanya. Berjodoh hingga November. Tiada apa yang nak dikesalkan untuk aku yang terbiasa kecewa dengan sikap manusia. Dia memang lelaki yang baik tetapi sukar ditebak. Pernah aku memahami visi-visinya. Tapi, apalah ertinya visi melangit tinggi, kalau tiada jejak menapak di bumi? Bukankah antara langit dan bumi ini, ada ruang dan graviti?

Dia telah memutuskan arah perjalanannya. Biarkan saja. Dan, aku terus mara dengan cita-citaku.

Tuhan, sampaikanlah aku pada TujuanMu.