Monday, December 9, 2013

Mara

5 Disember 2013, Khamis

Inilah akhir cerita setelah 10 bulan lamanya. Berjodoh hingga November. Tiada apa yang nak dikesalkan untuk aku yang terbiasa kecewa dengan sikap manusia. Dia memang lelaki yang baik tetapi sukar ditebak. Pernah aku memahami visi-visinya. Tapi, apalah ertinya visi melangit tinggi, kalau tiada jejak menapak di bumi? Bukankah antara langit dan bumi ini, ada ruang dan graviti?

Dia telah memutuskan arah perjalanannya. Biarkan saja. Dan, aku terus mara dengan cita-citaku.

Tuhan, sampaikanlah aku pada TujuanMu.



Tuesday, March 12, 2013

Cukup.

24 Oktober 2012

Sekali melangkah, takkan menoleh lagi.


19 Disember 2012

Tiga kali maaf, cukup cukup sudah.


Siapapun kamu, Aku telah lama memaafkanmu.